Kes COVlD Makin Naik. Sekali Ahmad Maslan Kata Orang Ada PhD Faham Kenapa Perlu PRU Secepat Mungkin


” Kalau dari UIA atau ada PhD saya rasa dia boleh ulas dengan lebih tepat,”

Demikian kata-kata Setiausaha Agung Umn0, Ahmad Maslan yang mendapat kec4man ramai apabila menyifatkan seolah-olah hanya golongan berpendidikan tinggi dapat memahami keperluan melakukan pilihan raya umum (PRU) secepat mungkin.

Merujuk satu temubual sebuah stesen televisyen dengan seorang individu yang bekerja sebagai pemarut kelapa, Ahmad menerangkan sebab-sebab mengapa PRU wajar diadakan segera.

” Saya dipertontonkan dengan Astro Awani atau TV3, tidak pasti, dia ada temubual seorang pemarut kelapa.

” Tak pastilah (individu) itu daftar undi atau tidak. Dia cakap tak boleh lakukan PRU kerana COVlD-19.

” Tapi saya jawab kenapa perlu PRU, kerana banyak negara yang sudah lakukan antaranya di Amerika Syarikat, Singapura dan kita juga dah laksana pilihan raya kecil (PRK) di Chini, Slim dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

” Sabah itu kes tinggi pun punca mereka kerana orang-orang pulau naik motorbot mereka masuk tanpa saringan dan sebagainya, itu antara punca saya difahamkan dan ia merebak di pulau sekitar itu.

” Kita perlukan PRU kerana kerajaan ini juga merupakan kerajaan yang paling tipis (majoriti) di dunia.

” Kerusi parlimen ada 222, kalau nak jadi kerajaan kena ada 111 campur satu (kerusi) lagi minima. Ha.. dan itu yang kerajaan Malaysia ada sekarang.

Pemarut kelapa dia tak perasan, kalau PHD…

” Rasanya yang parut kelapa tadi itu dia tidak perasan, yang ditemubual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah hanya lepasan sekolah tinggi kot.

” Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD (ijazah kedoktoran), saya rasa dia boleh ulas dengan lebih tepat,” katanya.

Ahmad berkata demikian dalam satu program Wacana Ilmu anjuran Umn0 Bahagian Tanjung Malim bersama Penerangan Umn0 Perak yang disiarkan secara maya di Facebook Umn0 Online hari ini.

Pada 6 Jan lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata situasi semasa COVlD-19 di negara ini berada pada tahap genting dan mencadangkan agar perintah kawalan pergerakan lebih bersasar dilaksanakan.

Ia berlaku ketika hubungan Umn0 dengan Bersatu semakin tegang ekoran satu demi satu bahagian Umn0 mengemukakan usul untuk menamatkan kerjasama terbabit.

Baru-baru ini Majlis Tertinggi Umn0 pula memutuskan untuk membawa usul berkenaan ke perhimpunan agung parti pada hujung bulan ini supaya diputuskan.

Umn0 sendiri sebelum ini mendesak agar PRU diadakan segera dengan alasan supaya kerajaan yang mendapat mandat rakyat dapat dibentuk.

Umn0  dan Bersatu macam PAS dan Amanah, kata Ahmad Maslan

Ditanya berhubung pendirian PAS susulan hubungan tegang antara Umn0 dan Bersatu, Ahmad menyatakan bahawa baru-baru ini partinya juga sudah mengadakan pertemuan dengan PAS.

Justeru itu, PAS dilihat seperti tiada tanda-tanda akan meninggalkan Umn0.

” Presiden Umn0 (Ahmad Zahid Hamidi) ada berjumpa dengan Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) dan saya juga akan bertemu dengan Setiausaha Agung PAS (Takiyuddin Hassan) dan kita harap akan ada perkara baiklah.

” Tetapi pertemuan bersama presiden yang baru ini, kita lihat (PAS) di situ tiada tanda-tanda nak tinggalkan kita.

” PAS juga faham keadaan kita sebab Bersatu dan Umn0 ini dia macam PAS dan Amanah. Luka masih berd4rah.

” PAS faham dengan apa berlaku antara hubungan Umn0 dan Bersatu. Yang penting BN dan PAS kekal sampai PRU,” katanya lagi.

Untuk rekod, biarpun terdapat desakan daripada beberapa pihak untuk mempercepatkan pilihan raya umum ke-15, Presiden PAS, Abdul Hadi berpandangan ia hanya sesuai diadakan selepas banjir yang melanda di beberapa negeri surut dan penularan wabak COVlD-19 reda.

Sumber:maIaysiak1ni