Pengurus Kilang Antara Empat Dit4han Pasang Bendera Malaysia dan Johor Terbalik

Pengurus kilang perusahaan perabot merupakan antara empat individu yang dit4han kerana memasang bendera Malaysia dan bendera negeri Johor secara terbalik dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Tebrau, di sini, semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata selain pengurus lelaki warga tempatan berusia 56 tahun itu, turut dit4han adalah pegawai sumber manusia wanita warga tempatan (29 tahun), seorang kerani logistik wanita warga tempatan (23 tahun) dan seorang lelaki warga Bangladesh (35 tahun).
Katanya, tangk4pan itu dibuat susulan aduan daripada orang awam yang diterima pihaknya sebelum pemeriksaan dilakukan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Dato Onn pada 2.07 petang.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di kilang yang telah ber0perasi sejak lapan tahun lepas itu, mendapati kedua-dua bendera itu dipasang dengan terbalik.
“Alasan yang biasa diberikan dengan mengatakan bendera itu dipasang oleh pekerja warga asing. Sebagai rakyat Malaysia, mereka harus prihatin dan proses pemasangan bendera oleh warga asing itu pula harus diselia.
“Sebab itu, kita tidak boleh terima lagi alasan sebegini, habis apa peranan pemilik kilang itu sedangkan ia telah beroperasi selama lapan tahun dan kita pula merdeka sudah 63 tahun,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata dua bendera tersebut turut dirampas semasa pemeriksaan dilakukan.
Ayob Khan berkata kes memasang bendera secara terbalik tidak seharusnya dianggap remeh kerana kedaulatan dan keamanan negara harus sentiasa dijaga.
“Sepertimana yang saya tegaskan sebelum ini, Polis Johor tidak akan menerima lagi alasan..saya ingin menasihatkan, tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih ada perbuatan sebegini,” katanya.
Ayob Khan berkata keempat-empat suspek berkenaan dit4han untuk diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Ini amaran terakhir. Tiada lagi maaf jika pasang Jalur Gemilang terbalik” – Datuk Ayob Khan

TERDAHULU, Ketua Polis Johor itu memberi amaran terakhir kepada pihak yang mempersenda Jalur Gemilang termasuk memasangnya secara terbalik, untuk bersiap sedia dit4han selepas ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sudah terlalu kerap Jalur Gemilang dipasang secara terbalik dengan alasan tersilap.
Police detected financial transactions to activate LTTE: Ayob Khan
“Kita sudah merdeka 63 tahun, tidak sepatutnya berlaku kesilapan lagi. Ini amaran terakhir, tiada maaf lagi jika tersilap selepas ini.
“Saya juga tidak akan beri amaran lagi selepas ini, kalau ada lagi kes sebegini lagi, saya akan arahkan kertas s1asatan dibuka sama ada Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia selain Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Tiada lagi permohonan maaf dan pelbagai alasan akan diterima selepas ini. Insiden di Kluang contohnya, cuba letak kesalahan pada pihak lain pula,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.
Pada 4 Ogos lalu, media melap0rkan Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah kebangsaan di Kluang.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail dilap0rkan berkata, insiden berlaku berikutan kakitangan swasta tersilap menaikkan bendera dan tidak menyedarinya.
Sumber: BERNAMA, Harian Metro